..:: QAYYUM IMAN NURBADIZ Fotopage's ::.. - - Fotopages.com
Gambar Qayyum yang Mama paling suka
Ermm...nak kongsi gambar Qayyum yang Mama suka sangat tengok.
Gambar ni ambik masa umur Qayyum 2 bulan.
Suka tengok muka Qayyum tengah senyum. Comel sangat.
Dengan pipi tembam dan mata sepet dia....  :-D
Eh perasan tak kat TV3 sekarang tgh tayang drama ABADI SEBUAH CINTA lakonan Umie Aida dan Rosyam Nor. Ada watak nama Qayyum lakonan Tony  Eusoff dan Inspektor Qayyum lakonan Rosyam Nor. Eh sama ler nama ngan anak mama ni.
Dulu sebelum lahir mama nak letak nama dia RAYYAN. Tetiba ada pulak drama Bella kat TV3 ada watak Doktor Rayyan lakonan Ako Mustapha.
Sekrang nama Qayyum pun ada gak...
Emmm   ;-)  .... glamer ler anak mama ni.
Dah besar nanti...nak jadi pelakon gak ker ?  :->
Qayyum...lena dibuai mimpi
Mama baru sempat upload gambar Qayyum tengah lena tido.
Mama dan Papa mmg suka sgt tgk muka Qayyum masa tido...
macam-macam gaya. cute n comeiii sangat.
Nak tergelak pun ada...sebab cute miut sgt. LOL
Rasa nak cubit-cubit jer pipi Qayyum yang tembam.
Sekarang, Qayyum dah pandai meragam...mintak perhatian.
Malam2 tu dalam kul 10-11...belum nak tido lagi. Sampai kul 1.30pg mama dan papa masih lagi dok melayan kerenah Qayyum.
Emmmm...anak....tido lah. Papa dan mama penat ni hari-hari berjaga tunggu Qayyum. Kadang-kadang sampai x cukup tido dibuatnya.
Kalau masukkan Qayyum dalam buai...mama dan papa biarkan..mula lah Qayyum merengek. Minta orang ambil dan angkat.
Pernah satu malam..disebabkan mama dan papa dah ngantuk sgt, kami biarkan Qayyum tido atas tilam. Qayyum nangis2..dan merengek mintak perhatian.
Tapi disebabkan mata mama dan papa yng dah ngantuk sgt..Qayyum tak diberi layanan.
Tup-tup mama terjaga..mama tgk anak mama ni tgh tgk tv yg terpasang.
siap senyum2 lagi sorang2. Mama malas nak kacau..mama sambung tido.
Esok paginya...mama tgk...anak mama dah tertido lena....
Ermmm...........pandai pun tido sendiri eh...x yah popok-popok.
Macam tu le anak yg baik !!! :-D
my cute...Qayyum Iman Nurbadiz
ermm....mama baru sempat nak upload gambar cute Qayyum.
Mama dan Papa...suka sangat gambar ni.
Lucu betul muka Qayyum masa ni.....
Pandai posing betul le anak mama ni  LOL
Gambar Qayyum meniarap
Ni gambar-gambar anak Mama meniarap. Gambar ni diambil betul-betul pada 13 Julai , iaitu genap Qayyum 4 bulan. Sebelum ni Qayyum cuma mengiring-ngiringkan badan sahaja. Tapi tang kepala tak lepas lagi untuk tiarap. Tapi masa malam tu...dengan rasminya Qayyum tunjuk skill kat Mama dan Papa dia. Siap boleh buat sendiri tanpa bantuan sesiapa. Qayyum dapat pusingkan badan, kepala dan betulkan kedudukan tangan dia.....Alhamdulillah, satu lagi perkembangan buat anak Mama. Sayang Qayyum..... :flowers:  :-D
Tengok aksi anak Qayyum...Mama dan Papa tergelak-gelak. Lucu le anak mama ni....cute sangat....LOL
Qayyum dah 4 bulan
Sekarang Qayyum dah pandai meniarap. Kelakar n lucu tgk aksi anak mama ni mula2 nak belajar meniarap.
Mula2 Qayyum mengiringkan badan. Tapi tang kepala x lepas2 lak. Kesiann mama tgk...
Tapi setiap hari Qayyum akan belajar n cari akal baru. Last2 berjaya juga Qayyum meniarap dengan rasminya pada usia 4 bulan. Macam lambat ler pulak....jika dibandingkan sepupunya Amedeus Kano yg baru 3 bulan tapi dah pandai meniarap. Tapi x kisah ler tu...yg penting anak mama dan papa sihat yer. Pagi tadi mama bawa ke klinik kesihatan...timbang, berat Qayyum dah 6.14 pada usia 4 bulan. Amacam...berat tak ? Nurse cakap naik sikit jer.... ;-)
Jalan-Jalan Kat UTM
Baru tiga bulan dah masuk...U...hehehe
semalam...papa n mama bawak Qayyum gi airport Senai utk ambik anak sedara papa yg datang dari Sarawak. Anak sedara Papa dapat masuk UTM Skudai dan kena lapor diri pada 29 Jun 2008.
Nama anak sedara Papa (sepupu Qayyum lah tu  :-D ) SEBASTIAN ISA. Panggil Boy jer. Umur baru nak masuk 20 tahun.
Boy dapat sambung Ijazah Sarjana Muda Sains Fizik setelah tamat Matrikulasi kat Labuan.
Ermmm...Papa n Mama harap...Qayyum pun nanti jadi bijak macam Boy. Dapat masuk universiti.
Amin..... ;-)
Anak Papa....
Emmmm....sayang anak papa ni....
Gambar-gambar Qayyum dengan Papa. Sempena nak menggayakan fesyen rambut terbaru ala-ala Shaolin Boy atau Mawi World !!
Amacam sama tak ? Like father...like son !!! He...he...he... :-D
Family Potret
Baru sempat nak upload gambar Qayyum dengan mama dan papa. Gambar di ambil semasa majlis kesyukuran Qayyum pada Ahad, 15 Jun lalu di kampung mama. Felda Pengeli Timur, Kulai.
Masa tgh posing2 ni....Mak Ucu yang tolong snap kan gambar. Ada gambar yang tak jelas, agak gelap. Maklumlah camera mama bukan digital camera, tapi guna video camera Canon . So, x der lah flash...n gambar jadi agak gelap. Tapi x kesah lah tu semua. Yang penting hepii sgt sebab dapat abadikan gambar keluarga buat kali pertama. Gambar Mama, Papa n Qayyum bersama-sama. Macam masa raya ler pulak rasenye. Sebab mama n papa siap pakai baju kurung n melayu sedondon. Baju Qayyum ? :oh_god:
Alamak..x sempat buat ler. Tunggu raya tahun ni yer. Nanti mama n papa belikan. Boleh kita semua bergaya sakan dalam pakaian sedondon ;-)
QAYYUM dah 3 bulan
Alhamdulillah Dah becar anak papa dan mama ni.... :-D
Gambar terbaru Qayyum selepas majlis cukur dan kesyukuran tempohari. Macam mana ? Hensem n cute tak ? Pada 13/6/08....genaplah umur Qayyum 3 bulan.
Berikut perkembangan Qayyum :
~Jari dah boleh menggenggam objek...berlagak mcm pandai pegang botol susu sendiri..he..he..
~Suka sangat hisap jari
~Pakaikan sarung tangan...dia dah pandai tarik buka sampai tercabut... :-D
~Suka lonjak kan kaki kuat-kuat. Lagi2 kalau angkat dia. Macam nak lompat jer dia
~Anak Mama n Papa dah besar panjang..letak dalam bakul..kaki dah terkeluar LOL
~Dah mula mengiring-ngiringkan badan. Dah mula belajar cara2 nak meniarap
~Timbang berat masa 3 bulan dah 5.8kg
~Suka tengok tv. Tengah nangis2...if buka kan tv...boleh senyap dan layan tv. Bertahan ler 15 minit !  :->
~Suka kalau dinyanyikan lagu Lompat Si Katak Lompat. Favourite song Qayyum ni.... ;-)
Papa n Mama doakan..moga Qayyum membesar dengan sihat. Semoga jadi anak yg baik...rajin, bijak.Tak sabar nak tunggu Qayyum besar. Nanti dah pandai jalan..boleh bawa Qayyum jalan-jalan. Gi ronda-ronda satu Malaysia..... LOL
Shaolin in the making
Pada Ahad, 15 Jun yg lalu...majlis Kesyukuran kelahiran Qayyum Iman telah selamat berlangsung. Alhamdulillah..setelah ditangguh beberapa kali...akhirnya jadi juga majlis ni.
Pada waktu petang selepas majlis...acara bercukur dijalankan. Ermm...masa ni ler Qayyum akan dibotakkan ! :-D Acara bercukur dibuat oleh Pak Ngah Rohaizam. Dibantu oleh Atuk dan Papa.
Masa kena cukur tu...Qayyum diam jer..siap senyum-senyum dan buat muka cute miut....geram pulak tengok. Baik sungguh anak ni  :angel:
Masa mama tgh snap2 gambar Qayyum tu...tiba2 lak bateri camera flat  :-S
So, tak der lah gambar Qayyum yg zoom dekat-dekat setelah jadi shaolin boy !
Tapi tak per..nanti mama snap lagi gambar Qayyum and mama update kan.
Tunggu yer gambar2 comel Qayyum dengan imej Shaolin boy.